Monday, March 8, 2010

MODEL EKONOMI BARU (MEB)

Ditulis oleh Haris Fadzlah bin Mat Ali
Selasa, 02 Mac 2010 13:49

Sejak berminggu saya dan rakan-rakan telah mengikuti dialog dan forum mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) dan yang terakhir adalah semalam 25 Feb 2010 bertempat di MITI yang telah disampaikan oleh beberapa pakar dalam bidang ekonomi seperti YBhg Dato’ Abdul Hadi Othman, Penasihat MITI, YBhg En. Rajini Ramlan, Pengurs Besar Yayasan Kajian & Pembangunan DPMM, YBhg En. Nor Rashid Ismail, Pengurus Besar Jabatan Pemuafakatan GABEM, YBhg Tuan Haji Hasan Haji Hamzah, Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, YBhg Dari Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA, YB Dato’ Mukhriz Mahathir dan YB Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri MITI dan terakhir sekali ialah YB Senator Tan Sri Amirsham A.Aziz, Pengerusi National Economic Advisory Council (NEAC).

Sehari suntuk saya dan NGO-NGO Ekonomi Bumiputera ini berkampung di MITI termasuk NGO yang datang dari Negeri Sabah dan Sarawak.

Ada beberapa perkara yang menarik hendak saya bincangkan diruangan ini antaranya boleh saya pecahkan kepada beberapa bahagian yang akan saya pecahkan seperti berikut:

Senario Ekonomi Melayu.

Kita bermula dengan melihat Senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia:

1.Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b

2.Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b

3.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b

4.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b

5.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b

6.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b

7.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b

8.Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b

10.Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2
Daripada 10 orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar hanya berada di tempat yang ke tujuh itupun masih jauh ketinggalan.

Begitu juga orang Melayu adalah yang paling ramai berada dalam kategori rakyat Miskin iaitu lebih kurang 88 peratus. Cuma kita sahaja perasan yang kita rasa ok tetapi sebenarnya kita orang Melayu sangat tidak OK.

NGO Ekonomi Bumiputera harus melakukan sesuatu. Sejak saya berkecimpung dengan NGO-NGO Bumiputera ini dilihat NGO Bumiputera sangat lesu dan tidak bermaya. Kepimpinan yang ada tidak kreatif dan tidak mempunyai daya usaha untuk memajukan ahli-ahli serta persatuan selain melihat apa yang ia sendiri perolehi, jika tidak ada ia tidak mahu berusaha untuk menjadikan persatuan lebih berupaya. Ini antara sebab kenapa ramai daripada usahawan Bumiputera tidak berminat untuk menyertai persatuan.

Seperti di bawah Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) adalah lebih kurang 172 badan ekonomi Bumiputera, namun sehingga kini saya tidak melihat ada satu blueprint atau roadmaps yang membolehkan persatuan membina rantaian nilai, berusaha sama sesame persatuan.

Saya ambil contoh, ada Persatuan Penjaja yang mempunyai ahli lebih kurang 50,000 dan ada juga Persatuan Pengilang. Apa maksud saya di sini, ahli persatuan penjaja adalah orang menjual sama ada produk siap atau separa siap sedangkan persatuan pengilang mengeluarkan produk.

Produk harus dijual, dan penjaja perlu produk untuk dijual. Jika penjaja menjual / mengguna 1 botol sos cili sehari, maksudnya usahawan industry boleh membekalkan lebih kurang 50,000 botol sehari. Ini merupakan satu industry yang besar. Namun sehingga kini tiada usaha kearah itu yang dilaksanakan.

Profesional Bumiputera juga sangat rendah terutama yang Bertauliah, ini dapat dilihat daripada Firma Akauntan, Guaman, Arkitek dan sebagainya. Jika adapun masih boleh dipertikaikan lagi ini berupa isu keupayaan untuk menduduki dan lulus peperiksaan professional, keupayaan berbahasa Inggeris dan Inisiatif untuk melatih graduan mencapai tahap professional.

Pada tahun 2007, Akauntan Bumiputera hanya ada lebih kurang 7.0 peratus manakala Cina 87.4 peratus dan India 5.2 peratus. Begitu juga Jurutera Bumiputera hanya ada 28.2 peratus, Cina ada 62.5 peratus dan India 6.3 peratus.

Maksud yang ingin saya kongsikan, seperti contoh firma akauntan Bumiputera yang tidak seberapa dinegara ini bergerak secara individu atau perkongsian 2 atau 3 orang akauntan. Kita ada banyak syarikat-syarikat milik kerajaan termasuk syarikat-syarikat bertaraf dunia, namun firma akauntan Bumiputera tidak mendapat peluang kerana mereka berada dalam kapasiti yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan PRW atau NSY.

Kita juga persatuan akauntan Bumiputera, tetapi tidak lebih daripada badan kebajikan bukan badan yang membantu mengembangkan perniagaaan ahli. Jika kita berada dalam kapasiti kecil bagaimana kita mampu memperolehi projek-projek skala sederhana dan besar jika syarikat-syarikat GLC berada di seluruh Negara untuk diaudit.

Mengikut Artikel 153 perlembangan Negara, telah termaktub bahawa hak-hak keistimewaan Bumiputera telah dijamin perlembagaan. Namun jika kita sangat kecil bagaimana ada kepercayaan kepada kita untuk memberikan projek-projek lebih besar.

Untuk mendapatkan projek kerajaan, syarikat yang memasuki tender mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Bertaraf Bumiputera, ini bermaksud hak itu telahpun ada tetapi berapa kuatkah kita untuk bertegas untuk mendapatkannya kerana kebolehan dan kekuatan kita dipertikai orang.

Begitu juga dengan Pemilikan Ekuiti pada tahun 1990, Bumiputera 19.3 peratus, Non-Bumi 46.8 peratus, Lain-lain 25.4 peratus dan Nominees 8.5 peratus. Manakala pada tahun 2008, Pemilikan ekuiti boleh dikatakan tidak berubah walaupun selepas 18 tahun.

Kebekutan Ekuiti Bumiputera berlaku sejak tahun 1990 pegangan ekuiti Bumiputera adalah 19.3 peratus namun jika dilihat pada tahun 2006 pula ekuiti Bumiputera ini terus tidak berganjak pada kadar 19.4 peratus yang hanya berlaku pertambahan 0.1 peratus dalam 16 tahun.

Siapakah nak disalahkan, adakah system, adakah kerajaan? Saya tak fikir system itu silap dan saya juga tak fikir kerajaan itu silap. Kesilapan adalah diri kita sendiri kerana gagal menerima perkembangan dan peluang yang ada. Saya ambil contoh, sehingga kini kita telahpun ada Rancangan Malaysia Ke 10. NGO Cina dan India berebut-rebut mengambil kesempatan melihat apakah peluang yang ada. Sedang NGO Bumiputera relak dan sekadar duduk dan melihat peluang yang mungkin terpelanting kepada mereka.

Begitu juga bila wujudkan koridor pembangunan wilayah, NGO Bumiputera tidak melihat dan tidak mengambil peluang yang ada melainkan melihat dan mengatakan bahawa kita tak mampu untuk mengambil bahagian kerana 1001 macam alasan.Kita ada ramai Bumiputera yang PANDAI tetapi TIDAK BIJAK, sebab itu sehingga kini ekonomi yang disasarkan sejak tahun 1970 tidak pernah tercapai sedangkan lebih 62 peratus rakyat Malaysia adalah Bumiputera.

Pelajar di luar Negara pula, kerajaan menaja lebih kurang 21,517 pelajar termasuk semua etnik, manakala persendirian 128,500 dan anggaran 150,000 ini yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Daripada 150,000 pelajar yang berada diluar Negara, Bumiputera hanya 12 peratus iaitu sekitar 18,000 orang sahaja.

Dapat kita bayangkan bagaimana kecilnya kebolehan kita untuk menghantar anak-anak kita belajar diluar Negara. 12 peratus itu hampir kesemuanya yang ditaja kerajaan manakala hampir 100 peratus pelajar persendirian adalah Non Bumi. Ini menunjukkan, tanpa kerajaan membantu dengan biasiswa boleh dikatakan tiada pelajar Bumiputera ke luar Negara.

Manakala pemilikan premis Bangunan dan premis Komersil pula, Bumiputera hanya 15 peratus dan selebihnya iaitu kira-kira 85 peratus dipunyai oleh Non Bumiputera.

Kebanyakkan Bumiputera menyalahkan penjajah yang telah meletakkan bahawa orang Melayu duduk di Kampung bertani, manakala orang Cina duduk di pekan dengan menjalankan perniagaan, manakala orang-orang India tinggal diestet-estet bekerja ladang.

Kita sering menjadikan alasan itu sebagai untuk menyedapkan hati. Tetapi jika kita orang India mereka yang kita kata bekerja ladang dulunya kini telahpun mempunyai India Town di Brickfield dan kini mereka juga telah memonopoli kawasan Bangsar banyak perniagaan telah diambil mereka dan jika kita ke Bangsar waktu malam kita dalam lihat kaum India yang bukan pekerja estet tetapi tuan punya kelab malam, pub, karaoke dan café. Sehingga jika ke Bangsar pada waktu malam seperti bukan lagi di Malaysia tetapi seperti di Bombay atau Madras kerana orang-orang India disitu dah tak lagi berbahasa tamil tetapi semuanya berbahasa Inggeris.

Berdasarkan kepada kemiskinan melayu, kebekuatan ekuiti, professional bertauliah, pemilikan premis, pendidikan (akses dan kualiti), bagaimanapula Pendapatan Per Kapita Melayu sekarang? Ia hanya pada kadar USD 3192 sahaja.

Model Ekonomi Baru (MEB).

Model Ekonomi Baru (MEB) mempunyai sasaran untuk mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi iaitu GDP : USD 15,000 dan sekarang Bumiputera pada USD 3,192. Adakah perkara ini kita boleh capai dalam masa kurang daripada 10 tahun?

Walaupun boleh dicapai, ini akan mewujudkan lompang yang sangat besar dan boleh dikatakan pada waktu itu semua Bumiputera berada di BAWAH PARAS KEMISKINAN.

Ini akan memberikan atau mewujudkan yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan bertambah miskin, dan ini akan menambah ketegangan kaum kerana kek ekonomi tidak dapat dirasai sama. Ia akan mewujudkan ketegangan kaum kerana kekecewaan yang teramat sangat. Dengan MEB ini juga akan tidak akan mewujudkan KEADILAN SOSIAL.

Cabaran kepada Bumiputera.

Bagaimana Bumiputera harus mempertahankan Roh Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Bumiputera mestilah memperjuangkan Kesamarataan dan Kestabilan Ekonomi kerana Bumiputera mempunyai majority iaitu kira-kira 62 peratus, maka seharusnya Bumiputera memegang lebih 60 peratus ekuiti dan bukan lagi 30 peratus.

Bagaimana NGO Bumiputera harus duduk semeja dan mulakan perbincangan untuk melakarkan satu plan perlaksanaan seterusnya melaksanakan mengikut plan tersebut secara telus. Tidak ada agenda terselindung, tidak berlaku ketirisan, tidak ada kronisme dan mestilah sampai tepat pada sasaran.

Kita sudah tidak punya banyak masa untuk mengenang kembali sejarah 300 atau 400 tahun dulu sebab kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang demi perjuangan Agama dan Bangsa jika kita tidak mahu MEREMPAT di Negara sendiri.

Kita harus memperkuatkan ekonomi dan kita tidak boleh bersandar kepada kuasa politik semata-mata kerana dibimbangi kuasa politik boleh dibeli dengan kuasa ekonomi. Kerana sejarah lepas mengajar kita bahawa Bangsa Melayu yang menjadi talibarut penjajah menyebabkan Melaka di jajah.

Kita Bumiputera harus menghapuskan Usahawan Politik, Usahawan Anugerah, Usahawan Ali Baba dan Usahawan Barua yang sanggup menjual Bangsa demi perut sendiri.

Saya cabar dimanakah pemikir ekonomi, dimanakah bijak pandai Melayu yang sanggup menyinsing lengan bersama saya untuk membina semua kekuatan Bumiputera. Jangan asyik bercakap berdegar-degar di dialog dan forum tetapi bila tanya apa yang telah dibuat, tiada apa-apapun sekadar pandai bersuara dan pandai berucap semua itu retorik.

Tidak payah lagi kita menyalahkan orang itu dan ini, kerana mustahil kita mampu mengubah orang lain tetapi kita ubahlah diri sendiri dulu sebelum kita mahu mengubah orang lain.Seperti kata YBhg Dato’ Salleh Majid, kita tidak boleh mengubah orang, tetapi system boleh membuat manusia berubah.


Haris Fadzlah Mat Ali
Presiden
The RIGHTS
Read more
Share

Thanks

Total Pageviews