Selamat Datang!

Selamat datang ke blog Pemaju Masyarakat vs Penghancur Masyarakat. Blog ini dibangunkan bagi tujuan memperjuangkan nasib Masyarakat kampung yang terletak jauh dihujung peta Negeri Sabah.

Kampung Terusan Tengah Lama merupakan sebuah kampung yang memiliki keindahan semulajadi dan unik berbanding dengan tempat2 lain di Malaysia. Ia dikelilingi oleh lautan yang luas dan pulau2 yang kecil. Terletak di tengah2 dan tepi laut Pulau Bum Bum. Lebih kurang 120 kilometer dari Bandar Tawau, pekan yang terdekat dengan KGTTL adalah Pekan Semporna.

Masyarakat disini adalah terdiri daripada kaum bajau, suluk dan lain-lain. Bahasa utama dalam pertuturan harian adalah bahasa bajau disamping bahasa suluk dan melayu. Penduduk boleh bertutur bahasa melayu dengan lancar. Majoriti penduduk adalah penganut agama islam.

Load disqus comments

0 comments

Share

Thanks

Total Pageviews