Monday, August 3, 2009

Datuk Sri Shafie Apdal Seorang Menteri Yang Lemah???


YB Datuk Seri Shafie Apdal bersama pelajar.

Datuk Seri Shafie Apdal merupakan seorang Menteri yang menjawat Jawatan Tertinggi dalam kabinet Malaysia hari ini. Sekarang sedang memegang Jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam pemilihan pemimpin UMNO baru2 ini beliau bertanding atas tiket Naib Presiden dan beliau dapat memenangi Jawatan tersebut sebaris dengan Datuk Jahid Hamidi dan Datuk Hishamuddin. Ada yg berpendapat bahawa ini adalah satu hadiah daripada UMNO bagi penduduk Sabah khasnya.

Datuk Sri Shafie Apdal dilahirkan di Semporna,Sabah dan mempunyai kaitan darah dengan orang-orang Terusan Tengah. Sifat-sifat dan keberanian yang beliau warisi melambangkan dari mana beliau berasal dan dari keturunan mana beliau dilahirkan. Biodata lanjut tentang beliau boleh didapati di sini.

Darah politik beliau adalah cebisan dari perjuangan Datuk beliau, iaitu Yang Berhormat Tun Sekaran Dandai yg merupakan pejuang tegal USNO sebuah parti yg hampir sebaya dengan UMNO sekarang ini. Datuk Sri Shafie Apdal merupakan cucu kepada Tun Sekaran Dandai dan darah politik serta perjuangan terus mengalir dalam diri beliau.

Arwah Hj.Apdal ayah kepada beliau, mempunyai keturunan yg sama dgn. orang-orang Terusan Tengah. Hubungan agak terpisah sekian lama kerana ayah beliau telah berhijrah,berkahwin dan menetap di Pekan Semporna.

Datuk Seri, tidak pernah lupa dengan asal-usulnya. Cuma kadang-kadang sembutan dingin daripada penduduk Terusan Tengah sendiri dapat dirasai 'beliau sedikit kecewa'. Golongan muda penduduk kampung sudah hampir melupai sejarah. Cuma ada sedikit orang-orang tua yg masih tinggal dan dapat menceritakan peristiwa lalu merungkai kembali hubungan silaturahim antara keluarga.

Keprihatinan Datuk Shafie, amat dirasai dikalangan orang-orang lebih tua, kurang upaya, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal hingga ada yg mengangap beliau ini seperti malaikat penyelamat kepada kehidupan seharian mereka. Amat jarang seorang pemimpin yg mempunyai keperihatinan yg begitu tinggi seperti beliau.

Dengan tidak mengira pangkat dan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri beliau tidak pernah merasa geli atau jijik memijak rumah2 orang susah yg usang. Malah beliau bila mendatangi sesebuah rumah, seolah2 rumah tersebut seperti beliau sendiri yg punya. Bila tiba waktu solat beliau akan mengambil wudhu dan bersolat dirumah tersebut.

Apa yg orang lain jarang sedar mengenai beliau ini adalah kebijaksanaan beliau memimpin. Kebijaksanaan beliau boleh dikatakan seperti boleh menjadikan 'sebiji batu yg tidak berguna kepada sebiji mutiara yg bernilai'. Sifat2 seperti ini tidak terdapat pada kebanyakan pemimpin2 Sabah yg tamak haloba mangaut keuntungan peribadi dengan mempergunakan hak2 rakyat.

Tanggapan sesetangah orang bahawa beliau 'seorang yg lemah' adalah tidak benar. Ini kerana bagi yang mengenali beliau dengan begitu lama akan merasa kagum dengan cara penyelesaian masalah, keperihatinan,pelan pembangunan dan 'political strategic' memang membuktikan beliau seorang pemimpin yg telah dapat mengubah iklim, sosio ekonomi dan kestabilan Daerah Semporna, Sabah dan Malaysia amnya.





Read more

Saturday, July 4, 2009

Datuk Haji Ramli Marhaban Dalam Bahaya Politik!


Datuk Haji Ramli Marhaban

Datuk Haji Ramli Marhaban merupakan seorang yang saya sangat kagumi atas sikap 'pragmatik' atau kempimpinan yang dimiliki oleh beliau. Pada penghujung tahun lepas saya sempat menziarahi beliau di rumahnya di Bugaya Semporna untuk mengucapkan 'Tahniah' atas perlantikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya dan atas anugerah gelaran 'Datuk' kepada beliau.

Beliau yang sememangnya dikunjungi ramai orang, tidak pernah jemu melayan masalah penduduk kampung yang datang kepada beliau untuk melaporkan masalah. Adakalanya saya terfikir yg beliau ini seorang kauselor atau seorang wakil rakyat. Ini kerana kadang2 permasalahan yg diajukan merupakan satu perkara yg sangat senang diselasaikan dan 'Datuk' dapat menyelesaikan masalah mereka dengan hanya memberi beberapa nasihat.

Siapa Datuk Ramli Marhaban?

Datuk Haji Ramli Marhaban; dilahirkan di pulau Bohe Dulang, Semporna. Beliau membesar di Kampung Terusan Tengah dan bersekolah di SK Tampi-Tampi sehingga Darjah 3 kemudian berpindah sekolah ke SK Terusan Tengah pada tahun 1974 apabila sekolah itu siap dibuka. Sejak kecil beliau memiliki sifat kempimpinan dan sifat tidak mahu kalah kepada kawan-kawan dalam kelas beliau. Sila baca biodata lengkap beliau di sini.

Apa yg hendak perkatakan disini bukanlah berkenaan sikap dan kempimpinan beliau tetapi 'kerjaya' beliau sebagai ahli politik.

Kerjaya politik beliau bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan Pegawai Buruh di Tawau dan bertanding sebagai Ketua pemuda UMNO semporna menentang Datuk Haji Mohd Lan. Dalam pemilihan tersebut beliau telah kalah dengan mejoriti sedikit undi.

Bagi pengundi2 dari Kampung Terusan Tengah, amat kecewa atas kekalahan tersebut. Ketua2 cawangan kampung dan ahli telah datang berduyun2 untuk membuang undi pada hari pemilihan. Ketua Cawangan kampung Terusan Tengah; Haji Mukhsan bin Hj.Mohammad dan dua orang ahli2 telah menunaikan tanggungjawab masing2.

Alhamdulillah- masa begitu cepat berlalu; Datuk Haji Ramli akhirnya dapat memenangi Jawatan tersebut pada pemilihan Ketua Pemuda penggal kemudian.

Walaupun beliau dapat memenangi jawatan tersebut dan jawatan ADUN ( tanpa tanding). Tetapi orang2 kampung terutamanya penduduk Kampung Terusan Tengah mengkhabarkan bahawa beliau kini "berada dalam bahaya". Ini kerana orang yg beliau 'harap' telah mengkhianati beliau semasa pengagihan wang pembayaran kepada pemandu-pemandu bas di Pulau Bum-Bum, semasa pemilihan tersebut. Ramai penduduk dan pemandu yg telibat amat tidak berpuas hati dgn tindakan 'org kanan' Datuk yg juga merupakan orang Terusan Tengah.

Atas rasa kekeluargaan dan sokongan padu kepada Datuk Haji Ramli, orang-orang kampung mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Sebagai orang kampung yg juga seorang yg amat menyokong perlantikan Datuk Haji Ramli, sebagai wakil rakyat walaupun bukan di kawasan Terusan Tengah; Atas semangat kekeluargaan saya amat mengharapkan jika Datuk Haji Ramli mempunyai orang kanan yg benar2 jujur dan boleh diharap demi untuk kemajuan masyarakat kampung.
Read more

Saturday, May 30, 2009

Warkah Buat Datuk Haji Harman ADUN N.52 Sulabayan



Warkah terbuka buat: Datuk Haji Harman ( ADUN N.52 Sulabayan)
UP: Datuk Seri Shafie Apdal.( Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri).
      : Datuk Seri Najib Tun Razak ( Perdana Menteri Malaysia).

Yang Berhormat Datuk;

Kami penduduk Kampung Terusan Tengah amat memahami tentang kesibukan dalam menjalankan tugas seharian, namun kami juga inginkan perhatian dan tindakan segera daripada YB Datuk untuk menyelesaikan segera tentang permasalahan penduduk disini.

Penduduk Kampung berada dalam keliru dan tidak tahu kepada siapa mereka ingin berurusan bila berhadapan dengan pelbagai masalah yang merupakan tugas Datuk sebagai wakil rakyat di kawasan kami.

Permasalahan yang kami hadapi pada masa kini adalah seperti berikut:
1. Tidak mempunyai pengerusi JKKK ( Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung) yg benar2 menjalankan tugas sebagai perantara dan tempat untuk mengadukan masalah. Pengerusi JKKK yang ada sekarang telah dilantik sebagai Pemaju Mukim dan jarang benar berada di Kampung. Bagi pengetahuan Datuk, penduduk kampung telah pun beberapa kali bermesyuarat dan melantik Pengerusi JKKK yg baru, keputusan daripada penduduk kampung telah pun dibuat namun belum ada perlantikan secara rasmi daripada pihak YB Datuk.

2. Penduduk kampung amat2 memerlukan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, Jalanraya dan Sekolah Agama serta penambah-baikan kepada kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti TBK, mesjid dan Balairaya. Walaupun kemudahan2 ini sedang dalam pembinaan namun telah makan masa bertahun2 lamanya, mohon disegerakan.

3. Penduduk kampung juga amat memerlukan pekerjaan, kami amat berharap agar ura2 untuk membina kilang2 di kampung juga dapat direalisasikan. Ini akan dapat membantu penduduk yg sekarang sedang menganggur.

4. Kami juga ingin menyertai program2 kerajaan seperti Agro Tani, namun di kampung kami seolah-olah dipinggirkan dalam program seperti ini. Kampung kami  tidak dilawati dan seperti tidak diendahkan sahaja. 

Walaupun kampung ini yg dahulunya kaya dengan hasil2 pertanian seperti kelapa,jagung,ubi kayu dan mangga serta hasil perikanan yang memberikan pendapatan kepada penduduk. Semanjak 10 tahun kebelakangan ini, hasil2 tersebut sudah tidak dapat dinikmati disebabkan banyak faktor; seperti tanah kampung yg sudah tidak subur untuk pertanian, hasil perikanan juga sudah semakin pupus kerana tidak ada kaedah yg lebih moden untuk proses2 mengekalkan khazanah alam ini.

Kami penduduk kampung terpaksa untuk berhijrah ketempat lain untuk mencari rezeki seperti bekerja di kilang2 di semenanjung dan bandar2 yg berdekatan semata2 untuk menyara hidup. YB Datuk perlu sedar bahawa tidak semua penduduk mampu untuk berhijrah dan mencari rezeki ditempat lain. 

Penduduk kampung yg tinggal disini pada hakikatnya, berada bawah paras miskin. Kalau di tempat lain di Malaysia, penduduk dapat makan 3-4 kali sehari namun kebanyakan penduduk di sini cuma makan sekali sehari. Mereka juga sangat kekurangan zat makan dan vitamin, tidak heranlah jika penduduk disini ramai yg sakit.



Read more

Saturday, May 16, 2009

Terusan Tengah Lama Menjelang 2020

Pelan Pembangunan dan Impian penduduk Kampung Terusan Tengah Lama menjelang 2020 adalah seperti berikut:

1. Penduduk kampung dapat makan sekurang2nya 3 kali sehari.
2. Dapat bekalan air yang bersih dan mencukupi dari bekalan air SMK Bum2. (Sudah lebih setahun projek pemasangan paip masih tergendala)
3. Kemudahan kesihatan, Hospital Bum2 masih kekurangan kepakaran Doktor2.
4. Jalan raya diperbaiki. Jalan yang ada masih rosak teruk.
5. Membina sumber2 yang memberi pekerjaan kepada penduduk seperti kilang2 ikan, kilang keropok ubi kayu, kilang pemprosesan kelapa dara, kolam ikan air masin, memajukan kawasan2 pelancongan.
5. Jambatan penghubung utama ke Pekan Semporna seperti yg diluluskan Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-9.
6. Kemudahan2 awam seperti tempat ibadat,dewan komuniti,sekolah agama dsb.




Keindahan alam semulajadi yg perlu dihargai...

Jambatan Penghubung ke Pekan Semporna.


Hotel2 boleh dibina untuk pelancong.


Rumah En. Kahal (Pengerusi Cawangan)


Bot Pelancongan Celebes Explorer (Sekarang Beroperasi)
Clik Sini

Kemudah2 awam yg perlu di ambil perhatian yg boleh menjana keuntungan dunia/akhirat.

Rumah Datuk Ramlee...?


Read more

Friday, February 6, 2009

KAMPUNG INDAH DI MALAYSIA

Kampung Terusan Tengah Lama terletak di Sebuah Daerah di Semporna, merupakan sebuah kampung yang indah, aman dan harmoni suatu ketika dahulu.

Semasa JKKK/Pemaju Masyarakat lama memegang kampung ini pernah dipilih untuk kepertandingan Kampung Tercantik/terbersih di Malaysia.
Allahyarham Asaad Osman Imam Baunding bekas JKKK/Pemaju Masyarakat ketika itu telah banyak berusaha untuk memajukan kampung ini. Kemajuan telah dapat dikecapi oleh 
Masyarakat Kampung, Kemudahan Air, 
Jambatan, Pusat Pendidikan Kanak2 TBK telah dapat direalisasikan. Begitu juga dengan
 kemudahan tempat ibadat Masjid Abd-Rahman.

Kira-kira 15 minit dari Pekan Semporna dengan
boat laju dan menaiki Van Kampung ini boleh
dilawati.

Sepanjang perjalanan anda menaiki bot anda tidak akan akan bosan kerana anda dijamu dengan pemandangan yg cantik dan indah serta angin yg mengenyangkan.

Kebiruan air laut mengambarkan betapa kayanya maha pencipta. Ombak menghempas tidak dapat menghalang pengunjung untuk datang/balik ke Kampung.



Keputihan air laut yang jernih, memukau pemandangan. 

Jika pengunjung datang menaiki bot, mereka juga boleh melihat ikan-ikan seperti dalam akuarium.

Bagi penduduk di sini, Ikan seperti Memo dlm film sudah biasa kelihatan. Tidak heranlah Maya Karim berani berenang kat sini dalam pengambaran Film tempatan "Duyung".




Pintu gerbang ucapan Selamat Datang ke Kampung Terusan Tengah Lama tersergam gagah dipintu masuk kampung ini.


Read more

Saturday, January 3, 2009

Keharmonian Maysarakat Kampung Terusan Tengah Lama.

Keharmonian dan perpaduan penduduk Kampung Tengah Lama dapat dirasai apabila tiba musim perayaan seperti ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maulud Nabi atau ketika berlaku kematian.

Kebanyakan penduduk Kampung Terusan Tengah Lama yang berusia pertengahan masih lagi menduduki kampung mereka, tetapi bagi generasi muda kebanyakannya bekerja diluar kampung seperti di Semenanjung, Kota Kinabalu dan merta tempat di Sabah. 

Read more
Share

Thanks

Total Pageviews