Thursday, March 15, 2012

Orang Kampung Berputih Mata.

Dulu saya pernah cakap kepada beberapa orang tua pewaris tanah yg merupakan peneroka di zaman British "Jangan jual tanah itu, kalau boleh sewakan saja supaya cucu-cicit dapat hasilnya." Tapi orang2 tua kampung sudah menjadi kebiasaan tidak mahu mendengar pendapat/buah fikiran budak2.
Nah....sekarang tengoklah.


Penjualan Tanah Mataking oleh orang-orang Terusan merupakan satu kerugian besar kepada anak2 cucu pewaris tanah tersebut. Dengan hanya nilai 2.5juta pemaju telah membeli tanah yg bergeran di Pulau tersebut pada tahun 1990an. 

Hamzah Ghafur yg sedikit mendapat sedikit serpihan hanya mendapat RM1,800.00 syukurlah. Terpaksa juga diambil sebab semua orang sudah setuju untuk menjualnya. Apakan daya kita hanyalah penerima, langsung tidak ajak berunding dengan cara bermesyuarah.

Berapakah nilai 'cash ' 2.5 juta itu? Kalaulah arwah ayah masih hidup ketika itu, sudah tentu tanah itu tidak terjual. Saya berasa kesal dengan keputusan beberapa orang ahli keluarga yg langsung tidak memikir masa depan anak cucu mereka. Memang ada antara mereka yg melaburkan wang tersebut dlm ASB dan menunggu pulangan deviden tapi berapa sangatlah nilainya. Ada juga yg buat modal berniaga, adakah keuntungan mereka boleh membeli tanah seperti Pulau Mataking?

Saya tidak mempertikai atas kepesatan kemajuan Pulau Mataking sekarang....yg saya kesalkan adalah keputusan yg dibuat oleh orang2 Terusan adalah tidak tepat dan lebih kepada mementingkan diri sendiri. Orang2 kampung nampak sudah tidak ada kesatuan/kesefahaman seperti mana dahulu.

Atau mungkin orang2 tua pewaris sudah uzur terpaksa akur kepada keputusan anak2 mereka ketika itu. atau tak apa lah...sebab mereka cuma org2 kampung yg tidak berpelajaran.

Sekarang cuba kita tanya kepada cucu2/cicit mereka adakah mereka dapat hasil dari Pulau Mataking? Sudah tentulah tidak. Rantaian hasil pendapatan dari Pulau Mataking terhenti takat 2.5juta...abis takat itu.

"Sekarang ini anak2 Terusan terpaksa merantau ke negeri orang untuk mencari nafkah hidup, sedangkan sumber pekerjaan sepatutnya boleh diperoleh ditempat sendiri."

Atau...kalaulah pulau tersebut disewakan kepada pemaju sudah tentu masyarakat kampung sehingga ini masi dapat bahagian kek tersebut.

Dimanakah peranan kerajaan? Kenapa kerajaan tidak membela hak2 penduduk dengan membiarkan perkara ini dari terus berlaku? 

Tugas pemimpin/kerajaan adalah untuk mempastikan pembangunan sosio/ekonomi masyarakat dan kawasan yg dipimpin oleh mereka. Penarikan pelabur/pemaju itu baik tetapi hendaklah selari dengan objektif untuk memajukan masyarakat. Terma dan syarat untuk memajukan sesuatu kawasan hendaklah dilaksanakan dan dikuatkuasakan.

Sebagai contoh, pekerja2 yg bekerja di Pulau Mataking mestilah terdiri daripada penduduk tempatan barulah nampak keunikan sesuatu tempat. Kalau orang tempatan tidak pandai berbahasa Inggeris pakailah bahasa bajau...barulah pelancong dapat "sesuatu" bila mereka balik. Dan pelancung akan berbicara tentang bahasa bajau yang unik.







Keunikan Pulau Mataking bukan sahaja dapat dilihat dari bangunan yg dibina atau alam hidupan laut yg mempersona tetapi 'bahasa & orangnya' juga merupakan lambang sesuatu tempat. Mana perginya 'bahasa & orangnya'? 

Kita amat faham dengan jumlah wang dilaburkan untuk memajukan Pulau Mataking dan yg banyak mendapat menfaatnya adalah pemaju & kerajaan. Adakah orang2 Terusan diberi perhatian khusus selepas penjualan Tanah di Pulau Mataking..? Jawapannya selesai selapas terjual dgn nilai 2.5juta.

Jika kerajaan benar2 berniat untuk membela rakyatnya, tugas memajukan masyarakat bukan terhenti setakat itu sahaja. Orang2 Terusan yg sekarang hidup susah perlu diberi 'share' dalam hasil 'Pulau Mataking' sekurang2nya diberi pekerjaan....


Wallahualam.

Wrote by: 
Hamzah Ghafur.


....Next Post: Pulau Bohe Dulang.
Read more
Share

Thanks

Total Pageviews