Saturday, May 30, 2009

Warkah Buat Datuk Haji Harman ADUN N.52 Sulabayan



Warkah terbuka buat: Datuk Haji Harman ( ADUN N.52 Sulabayan)
UP: Datuk Seri Shafie Apdal.( Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri).
      : Datuk Seri Najib Tun Razak ( Perdana Menteri Malaysia).

Yang Berhormat Datuk;

Kami penduduk Kampung Terusan Tengah amat memahami tentang kesibukan dalam menjalankan tugas seharian, namun kami juga inginkan perhatian dan tindakan segera daripada YB Datuk untuk menyelesaikan segera tentang permasalahan penduduk disini.

Penduduk Kampung berada dalam keliru dan tidak tahu kepada siapa mereka ingin berurusan bila berhadapan dengan pelbagai masalah yang merupakan tugas Datuk sebagai wakil rakyat di kawasan kami.

Permasalahan yang kami hadapi pada masa kini adalah seperti berikut:
1. Tidak mempunyai pengerusi JKKK ( Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung) yg benar2 menjalankan tugas sebagai perantara dan tempat untuk mengadukan masalah. Pengerusi JKKK yang ada sekarang telah dilantik sebagai Pemaju Mukim dan jarang benar berada di Kampung. Bagi pengetahuan Datuk, penduduk kampung telah pun beberapa kali bermesyuarat dan melantik Pengerusi JKKK yg baru, keputusan daripada penduduk kampung telah pun dibuat namun belum ada perlantikan secara rasmi daripada pihak YB Datuk.

2. Penduduk kampung amat2 memerlukan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, Jalanraya dan Sekolah Agama serta penambah-baikan kepada kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti TBK, mesjid dan Balairaya. Walaupun kemudahan2 ini sedang dalam pembinaan namun telah makan masa bertahun2 lamanya, mohon disegerakan.

3. Penduduk kampung juga amat memerlukan pekerjaan, kami amat berharap agar ura2 untuk membina kilang2 di kampung juga dapat direalisasikan. Ini akan dapat membantu penduduk yg sekarang sedang menganggur.

4. Kami juga ingin menyertai program2 kerajaan seperti Agro Tani, namun di kampung kami seolah-olah dipinggirkan dalam program seperti ini. Kampung kami  tidak dilawati dan seperti tidak diendahkan sahaja. 

Walaupun kampung ini yg dahulunya kaya dengan hasil2 pertanian seperti kelapa,jagung,ubi kayu dan mangga serta hasil perikanan yang memberikan pendapatan kepada penduduk. Semanjak 10 tahun kebelakangan ini, hasil2 tersebut sudah tidak dapat dinikmati disebabkan banyak faktor; seperti tanah kampung yg sudah tidak subur untuk pertanian, hasil perikanan juga sudah semakin pupus kerana tidak ada kaedah yg lebih moden untuk proses2 mengekalkan khazanah alam ini.

Kami penduduk kampung terpaksa untuk berhijrah ketempat lain untuk mencari rezeki seperti bekerja di kilang2 di semenanjung dan bandar2 yg berdekatan semata2 untuk menyara hidup. YB Datuk perlu sedar bahawa tidak semua penduduk mampu untuk berhijrah dan mencari rezeki ditempat lain. 

Penduduk kampung yg tinggal disini pada hakikatnya, berada bawah paras miskin. Kalau di tempat lain di Malaysia, penduduk dapat makan 3-4 kali sehari namun kebanyakan penduduk di sini cuma makan sekali sehari. Mereka juga sangat kekurangan zat makan dan vitamin, tidak heranlah jika penduduk disini ramai yg sakit.



Load disqus comments

1 comments:

Share

Thanks

Total Pageviews