Wednesday, January 18, 2012

Mampukah Ketua Pemuda UMNO Semporna Mendengar/Mengatasi Masalah Rakyat?

Ketua Pemuda Bahagian dalam UMNO adalah pemuda-pemuda yang terpilih diperingkat bahagian melalui cara undian. Setiap kampung perlu mengahantar sekurang-sekurangnya 3 orang wakil ahli UMNO untuk membuat undian bagi memilih wakil yang bakal menjadi Ketua. Tugas sebagai Ketua Pemuda bahagian adalah penting dalam organisasi UMNO. Mereka adalah orang kedua dibelakang Menteri, juga jentera kepada pergerakan Ahli2 Parlimen dan ADUN dalam politik. Ketua Pemuda jugak adalah orang2 yg bakal menjadi pemimpin dalam bahagian/negeri/parlimen. 

Pada awal bulan Januari 2010 saya telah menghubungi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang merupakan orang kuat dibelakang DS Shafie Apdal bagi menyatakan hajat yang disampaikan kepada saya oleh penduduk kampung. Saya mengenali beliau melalui laman sosial facebook dan saya sempat bersembang dan berkenalan dengan beliau melalui alam maya (online).

Sikap beliau yang peramah dan rendah diri ditunjukkan dengan melayan saya yang hanya merupakan seorang rakyat biasa dan tidak mempunyai apa2 jawatan tinggi dalam kerajaan. Saya amat mengkagumi beliau kerana memecahkan tembok komunikasi antara golongan yang berpangkat dengan orang kebanyakan. Dalam perkenalan dengan beliau saya mengambil kesempatan meluahkan/menyatakan permasalah2an orang kampung yang merupakan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Orang2 kampung biasanya akan meminta bantuan kepada saya sendiri bagi mengatasi masalah2 mereka, namun kemampuan yang agak terbatas terpaksa saya lontarkan kepada pemimpin2 yang bertanggungjawab.

Berikut adalah 'screen shoot' aduan/perbualan permasalahan kampung kepada Ketua Pemuda Bahagian Umno Semporna:


Pada bulan November 2010, saya telah menemui beliau sendiri yang secara kebetulan berada di Restoran Terapung Semporna (Floating) dan sekali lagi saya menyatakan hajat dan permasalahan orang2 Kampung Terusan Tengah Lama.

 Berikut adalah masalah rumah yang dihadapi oleh seorang Balu yang terlepas pandang:

Nama Pengadu: Indah Maseha
Status: Balu (Miskin Tegar)
Bil. Tanggungan: 1 cucu.
Bil.Anak: 3 (Berkeluarga dan Miskin Tegar)
Sumber Pendapatan: Menjahit.
Masalah yg dihadapi: Rumah.

 Pendapatan menjahit hanya cukup untuk makan.

Rumah Sudah Usang...

Dinding papan sudah reput hanya mampu memandang...


Siling zink yg sudah bocor ditampal dgn zink 'ni tabak2"



Dinding dapur yang usang...

Kata pepatah melayu " Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul". Beliau merupakan seorang warna tempatan yang mempunyai sijil warganegara. Tanah yg diduduki beliau adalah merupakan tanah milik sendiri dan ada gran. Borang permohonan rumah PPRT telah banyak kali di isi, entah di mana silapnya sehingga pegawai banci yg ditugaskan untuk membanci penduduk hanya memandang sebelah mata.

Hari ini genap 2 tahun saya mengadukan permasalahan ini kepada Ketua Pemuda Umno Semporna. Dan pada kelmarin dan dua hari lepas YB DS Shafie Apdal dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia DS Muhyidin Yassin datang melawat Kg Terusan Tengah dan Semporna, adakah mereka menyedari kehadiran rumah usang dan insan yang perlu pembelaan ini? _Wallahualam!

Semoga dengan pendedahan ini, akan membuka mata para pembaca bahawa tidak semua orang yang pandai menulis dan pandai mengisi borang permohonan pembiayaan daripada kerajaan, orang2 seperti ini adalah tanggungjawab kita untuk memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk mendapat pembelaan seperti orang lain.

Kepada orang2 yg berkenaan; jika terserampak dengan maklumat ini, janganlah pandang ringan amanah yg diberikan oleh rakyat kerana ia adalah tanggungjawab yg harus dipikul bersama. Lihat2 dan pandang2 lah, kata orang " Menyusukan kera di hutan anak dirumah mati kelaparan".

Sekian;

Wrote By: Hamzah Ghafur.

SENARAI NAMA PENDERMA TERKINI

1. HAMBA ALLAH: USD10.00(RM35.00)


2. TANPA NAMA: USD2.00(RM6.00)




3. EN.JALIN LUIN: RM50.00

4. EN. SULAIMAN TAHAJUDDIN-UK: USD20.00 (RM60.00)-Terbesar.



JUMLAH SUMBANGAN TERKUMPUL SETAKAT 8.2.2012 IALAH RM 151.00


***Ribuan Terima kasih atas kesudian membantu, hanya Allah yg dapat membalas jasa baik tuan2/puan....


Read more

Sunday, January 15, 2012

Pemaju Masyarakat, JKKK , Ketua Kampung & Pemaju Mukim - Bertanggungjawab!

Pemaju Masyarakat diwujudkan semasa Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri kpd Tun Dr. Mahathir Muhammad iaitu sekitar tahun 80an. Pemaju Masyarakat dibawah pengurusan KEMAS (Kemajuan Masyarakat) adalah orang-orang yang dilantik untuk mendidik masyarakat kampung yang masih buta-huruf dan tidak tahu membaca. Disamping itu Pemaju Masyarakat berperanan sebagai perantara antara pihak pengurusan kerajaan dan penduduk setempat.

Setelah kejatuhan Tun Ghafar Baba sbg Timbalan Perdana Menteri dan selaku menteri pelajaran pada waktu itu tahun  (90an) nasib KEMAS agak terumbang-ambing. KEMAS agak kurang terbela, malahan pengambilan guru-guru KEMAS hampir2 dibekukan walaupun banyak permintaan daripada masyarakat setempat.

Apabila Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia (00an); Jabatan KEMAS telah diserap ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Peranan Pemaju Masyarakat (KEMAS) telah aktif semula dan semakin diperlukan oleh pihak kementerian sbg mata dan telinga kepada pengurusan atasan.

JKKK-(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) pula, adalah orang yg dilantik oleh ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) sesuatu kawasan. Bidang kuasa JKKK adalah memastikan kemajuan & Keselamatan kampung. Begitu juga dengan jawatan Ketua Kampung. Ketua kampung berperanan sebagai ketua disesebuah kampung, mereka mempunyai bidang kuasa untuk memperakui atau menjamin kedudukan seseorang sama ada dia penduduk atau tidak. Masing2 dibekalkan dengan cop yg diperakui oleh mana2 jabatan. JKKK/Ketua Kampung adalah atas lantikan kerjaan negeri.

Begitu juga dgn Ketua Anak Negeri @ sekarang dipanggil Pemaju Mukim adalah jawatan yg sedikit atas dari PM/JKKK/Ketua Kampung. Mereka bertanggungjawab menyelia/menjaga 3 hingga 5 buah kampung. Tugas Pemaju Mukim adalah mempastikan kampung2 dibawah seliaan mereka mendapat pembangunan/kemajuan/keselamatan/dsb sama seperti kampung2 lain dalam daerah tersebut.

ADUN-Ahli Dewan Undangan Negeri; adalah wakil rakyat yang dilantik mewakili kawasan2 tertentu bagi mentadbir/memaju/menjaga kawasan yg mereka wakili. ADUN yg dilantik akan berbahas di Dewan Rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat masing2 dan mengusulkan permasalahan yg penduduk kampung hadapi.

Kegagalan orang bawah (Grass Root); menjaga tugas masing2 akan MEMBANTUTKAN pembangunan sesebuah kampung. Ini adalah rantaian pengurusan yang harus diambil kira oleh pihak pengurusan atasan. Langkah kementerian "Turun Padang" adalah satu langkah yang pro-aktif.  Terlintas di fikiran kekadang agak ter-kesihan dengan Menteri2 yg tak henti2 mengadakan lawatan.  Sedang orang bawahan cuma goyang kaki dan mengekor kemana Datuk Seri pergi membuat lawatan kerja.


***
p/s: Tulisan ini cuma satu pandangan, jika anda tidak setuju/setuju sila tinggalkan komen dibawah. Komen anda amat dihargai.

...................................NEGARA MAJU RAKYAT SEJAHTERA.................

Terima kasih.


Wrote by~Hyms
Read more

Friday, December 30, 2011

Kampungku Sudah Berjaya!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t selepas 2 tahun berlalu, Kampung Terusan Tengah Lama Semporna, telah mengalami sedikit perubahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dtk. Seri Shafie Apdal, YB Dtk.Hj Harman; Dtk.Hj Ramli; Dtk. Jaujan Sambakong; En. Hussin Hj Kiamsin;DO2;PKR; Cg. Kahal(JKKK-baru) & orang2 Kampung yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kampung Terusan Tengah Lama, merupakan sebuah kampung yang terletak jauh di hujung peta negeri Sabah. Semporna merupakan pekan yang terdekat untuk membeli belah.



Walaupun kampung ini terletak jauh dalam peta Malaysia, namun hasil usaha penduduk2nya, kampung ini turut dapat tempias daripada pembangunan kerajaan perseketuan Malaysia. Wakil Menteri Dtk. Seri Shafie Apdal yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional telah menjalankan tanggungjawab yang adil dan pembahagian ekonomi sama rata kepada semua rakyat.

Persekitaran yang menarik anugerah ilahi, kampung ini dikelilingi dengan lautan yg cantik telah menarik ramai pelancung luar untuk datang bertandang.



Selepas hampir dua tahun saya menulis blog ini, dengan beberapa pendedahan permasalahan, sedikit perhatian daripada pihak berwajib telah mengambil beberapa tindakan:

Antaranya:
1. Kemudahan air bersih.
2. Bekalan elektrik 24Jam.
3. Kemudahan jalan ber-tar.
4. Pusat Pendidikan. 
5. Kemudahan beribadat.
6. Peningkatan ekonomi penduduk
7. Permasalahan sosial.
8. Lain2 yg tdk ketara.



Pintu Gerbang Selamat Datang Ke Kampung Terusan Tengah Lama.



Kemudahan Air Bersih.



Paip Utama Saluran Air Bersih Ke Rumah2.



Tiang Lampu Jalan.



Bekalan Elektrik 24jam.



Jalanraya Ber-Tar-KKLW



Jalanraya Ber-Tar Keseluruh Pulau Bum-Bum.







Pusat Pendidikan Kanak2 Dibaik Pulih.



Projek Penanaman Kelapa Mawar-KKLW.







Pokok Kelapa Tua.



Kemudahan Bot 1Azam.



Usaha2 Pemaju Masyarakat.



Kemudahan BalaiRaya KGTTL.



Masjidul Rahman Imam Baunding.







Ust. Zulkiflie sedang mengubat pesakit.







Kanak2 sedang bermain waktu petang.











Kemudahan Mesin Jahit KKLW. 

Wrote by: - Hymz
Read more

Monday, March 8, 2010

MODEL EKONOMI BARU (MEB)

Ditulis oleh Haris Fadzlah bin Mat Ali
Selasa, 02 Mac 2010 13:49

Sejak berminggu saya dan rakan-rakan telah mengikuti dialog dan forum mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) dan yang terakhir adalah semalam 25 Feb 2010 bertempat di MITI yang telah disampaikan oleh beberapa pakar dalam bidang ekonomi seperti YBhg Dato’ Abdul Hadi Othman, Penasihat MITI, YBhg En. Rajini Ramlan, Pengurs Besar Yayasan Kajian & Pembangunan DPMM, YBhg En. Nor Rashid Ismail, Pengurus Besar Jabatan Pemuafakatan GABEM, YBhg Tuan Haji Hasan Haji Hamzah, Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, YBhg Dari Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA, YB Dato’ Mukhriz Mahathir dan YB Dato’ Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri MITI dan terakhir sekali ialah YB Senator Tan Sri Amirsham A.Aziz, Pengerusi National Economic Advisory Council (NEAC).

Sehari suntuk saya dan NGO-NGO Ekonomi Bumiputera ini berkampung di MITI termasuk NGO yang datang dari Negeri Sabah dan Sarawak.

Ada beberapa perkara yang menarik hendak saya bincangkan diruangan ini antaranya boleh saya pecahkan kepada beberapa bahagian yang akan saya pecahkan seperti berikut:

Senario Ekonomi Melayu.

Kita bermula dengan melihat Senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia:

1.Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b

2.Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b

3.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b

4.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b

5.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b

6.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b

7.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b

8.Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b

10.Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2
Daripada 10 orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar hanya berada di tempat yang ke tujuh itupun masih jauh ketinggalan.

Begitu juga orang Melayu adalah yang paling ramai berada dalam kategori rakyat Miskin iaitu lebih kurang 88 peratus. Cuma kita sahaja perasan yang kita rasa ok tetapi sebenarnya kita orang Melayu sangat tidak OK.

NGO Ekonomi Bumiputera harus melakukan sesuatu. Sejak saya berkecimpung dengan NGO-NGO Bumiputera ini dilihat NGO Bumiputera sangat lesu dan tidak bermaya. Kepimpinan yang ada tidak kreatif dan tidak mempunyai daya usaha untuk memajukan ahli-ahli serta persatuan selain melihat apa yang ia sendiri perolehi, jika tidak ada ia tidak mahu berusaha untuk menjadikan persatuan lebih berupaya. Ini antara sebab kenapa ramai daripada usahawan Bumiputera tidak berminat untuk menyertai persatuan.

Seperti di bawah Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) adalah lebih kurang 172 badan ekonomi Bumiputera, namun sehingga kini saya tidak melihat ada satu blueprint atau roadmaps yang membolehkan persatuan membina rantaian nilai, berusaha sama sesame persatuan.

Saya ambil contoh, ada Persatuan Penjaja yang mempunyai ahli lebih kurang 50,000 dan ada juga Persatuan Pengilang. Apa maksud saya di sini, ahli persatuan penjaja adalah orang menjual sama ada produk siap atau separa siap sedangkan persatuan pengilang mengeluarkan produk.

Produk harus dijual, dan penjaja perlu produk untuk dijual. Jika penjaja menjual / mengguna 1 botol sos cili sehari, maksudnya usahawan industry boleh membekalkan lebih kurang 50,000 botol sehari. Ini merupakan satu industry yang besar. Namun sehingga kini tiada usaha kearah itu yang dilaksanakan.

Profesional Bumiputera juga sangat rendah terutama yang Bertauliah, ini dapat dilihat daripada Firma Akauntan, Guaman, Arkitek dan sebagainya. Jika adapun masih boleh dipertikaikan lagi ini berupa isu keupayaan untuk menduduki dan lulus peperiksaan professional, keupayaan berbahasa Inggeris dan Inisiatif untuk melatih graduan mencapai tahap professional.

Pada tahun 2007, Akauntan Bumiputera hanya ada lebih kurang 7.0 peratus manakala Cina 87.4 peratus dan India 5.2 peratus. Begitu juga Jurutera Bumiputera hanya ada 28.2 peratus, Cina ada 62.5 peratus dan India 6.3 peratus.

Maksud yang ingin saya kongsikan, seperti contoh firma akauntan Bumiputera yang tidak seberapa dinegara ini bergerak secara individu atau perkongsian 2 atau 3 orang akauntan. Kita ada banyak syarikat-syarikat milik kerajaan termasuk syarikat-syarikat bertaraf dunia, namun firma akauntan Bumiputera tidak mendapat peluang kerana mereka berada dalam kapasiti yang sangat kecil jika nak dibandingkan dengan PRW atau NSY.

Kita juga persatuan akauntan Bumiputera, tetapi tidak lebih daripada badan kebajikan bukan badan yang membantu mengembangkan perniagaaan ahli. Jika kita berada dalam kapasiti kecil bagaimana kita mampu memperolehi projek-projek skala sederhana dan besar jika syarikat-syarikat GLC berada di seluruh Negara untuk diaudit.

Mengikut Artikel 153 perlembangan Negara, telah termaktub bahawa hak-hak keistimewaan Bumiputera telah dijamin perlembagaan. Namun jika kita sangat kecil bagaimana ada kepercayaan kepada kita untuk memberikan projek-projek lebih besar.

Untuk mendapatkan projek kerajaan, syarikat yang memasuki tender mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Bertaraf Bumiputera, ini bermaksud hak itu telahpun ada tetapi berapa kuatkah kita untuk bertegas untuk mendapatkannya kerana kebolehan dan kekuatan kita dipertikai orang.

Begitu juga dengan Pemilikan Ekuiti pada tahun 1990, Bumiputera 19.3 peratus, Non-Bumi 46.8 peratus, Lain-lain 25.4 peratus dan Nominees 8.5 peratus. Manakala pada tahun 2008, Pemilikan ekuiti boleh dikatakan tidak berubah walaupun selepas 18 tahun.

Kebekutan Ekuiti Bumiputera berlaku sejak tahun 1990 pegangan ekuiti Bumiputera adalah 19.3 peratus namun jika dilihat pada tahun 2006 pula ekuiti Bumiputera ini terus tidak berganjak pada kadar 19.4 peratus yang hanya berlaku pertambahan 0.1 peratus dalam 16 tahun.

Siapakah nak disalahkan, adakah system, adakah kerajaan? Saya tak fikir system itu silap dan saya juga tak fikir kerajaan itu silap. Kesilapan adalah diri kita sendiri kerana gagal menerima perkembangan dan peluang yang ada. Saya ambil contoh, sehingga kini kita telahpun ada Rancangan Malaysia Ke 10. NGO Cina dan India berebut-rebut mengambil kesempatan melihat apakah peluang yang ada. Sedang NGO Bumiputera relak dan sekadar duduk dan melihat peluang yang mungkin terpelanting kepada mereka.

Begitu juga bila wujudkan koridor pembangunan wilayah, NGO Bumiputera tidak melihat dan tidak mengambil peluang yang ada melainkan melihat dan mengatakan bahawa kita tak mampu untuk mengambil bahagian kerana 1001 macam alasan.Kita ada ramai Bumiputera yang PANDAI tetapi TIDAK BIJAK, sebab itu sehingga kini ekonomi yang disasarkan sejak tahun 1970 tidak pernah tercapai sedangkan lebih 62 peratus rakyat Malaysia adalah Bumiputera.

Pelajar di luar Negara pula, kerajaan menaja lebih kurang 21,517 pelajar termasuk semua etnik, manakala persendirian 128,500 dan anggaran 150,000 ini yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Daripada 150,000 pelajar yang berada diluar Negara, Bumiputera hanya 12 peratus iaitu sekitar 18,000 orang sahaja.

Dapat kita bayangkan bagaimana kecilnya kebolehan kita untuk menghantar anak-anak kita belajar diluar Negara. 12 peratus itu hampir kesemuanya yang ditaja kerajaan manakala hampir 100 peratus pelajar persendirian adalah Non Bumi. Ini menunjukkan, tanpa kerajaan membantu dengan biasiswa boleh dikatakan tiada pelajar Bumiputera ke luar Negara.

Manakala pemilikan premis Bangunan dan premis Komersil pula, Bumiputera hanya 15 peratus dan selebihnya iaitu kira-kira 85 peratus dipunyai oleh Non Bumiputera.

Kebanyakkan Bumiputera menyalahkan penjajah yang telah meletakkan bahawa orang Melayu duduk di Kampung bertani, manakala orang Cina duduk di pekan dengan menjalankan perniagaan, manakala orang-orang India tinggal diestet-estet bekerja ladang.

Kita sering menjadikan alasan itu sebagai untuk menyedapkan hati. Tetapi jika kita orang India mereka yang kita kata bekerja ladang dulunya kini telahpun mempunyai India Town di Brickfield dan kini mereka juga telah memonopoli kawasan Bangsar banyak perniagaan telah diambil mereka dan jika kita ke Bangsar waktu malam kita dalam lihat kaum India yang bukan pekerja estet tetapi tuan punya kelab malam, pub, karaoke dan café. Sehingga jika ke Bangsar pada waktu malam seperti bukan lagi di Malaysia tetapi seperti di Bombay atau Madras kerana orang-orang India disitu dah tak lagi berbahasa tamil tetapi semuanya berbahasa Inggeris.

Berdasarkan kepada kemiskinan melayu, kebekuatan ekuiti, professional bertauliah, pemilikan premis, pendidikan (akses dan kualiti), bagaimanapula Pendapatan Per Kapita Melayu sekarang? Ia hanya pada kadar USD 3192 sahaja.

Model Ekonomi Baru (MEB).

Model Ekonomi Baru (MEB) mempunyai sasaran untuk mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi iaitu GDP : USD 15,000 dan sekarang Bumiputera pada USD 3,192. Adakah perkara ini kita boleh capai dalam masa kurang daripada 10 tahun?

Walaupun boleh dicapai, ini akan mewujudkan lompang yang sangat besar dan boleh dikatakan pada waktu itu semua Bumiputera berada di BAWAH PARAS KEMISKINAN.

Ini akan memberikan atau mewujudkan yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan bertambah miskin, dan ini akan menambah ketegangan kaum kerana kek ekonomi tidak dapat dirasai sama. Ia akan mewujudkan ketegangan kaum kerana kekecewaan yang teramat sangat. Dengan MEB ini juga akan tidak akan mewujudkan KEADILAN SOSIAL.

Cabaran kepada Bumiputera.

Bagaimana Bumiputera harus mempertahankan Roh Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Bumiputera mestilah memperjuangkan Kesamarataan dan Kestabilan Ekonomi kerana Bumiputera mempunyai majority iaitu kira-kira 62 peratus, maka seharusnya Bumiputera memegang lebih 60 peratus ekuiti dan bukan lagi 30 peratus.

Bagaimana NGO Bumiputera harus duduk semeja dan mulakan perbincangan untuk melakarkan satu plan perlaksanaan seterusnya melaksanakan mengikut plan tersebut secara telus. Tidak ada agenda terselindung, tidak berlaku ketirisan, tidak ada kronisme dan mestilah sampai tepat pada sasaran.

Kita sudah tidak punya banyak masa untuk mengenang kembali sejarah 300 atau 400 tahun dulu sebab kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang demi perjuangan Agama dan Bangsa jika kita tidak mahu MEREMPAT di Negara sendiri.

Kita harus memperkuatkan ekonomi dan kita tidak boleh bersandar kepada kuasa politik semata-mata kerana dibimbangi kuasa politik boleh dibeli dengan kuasa ekonomi. Kerana sejarah lepas mengajar kita bahawa Bangsa Melayu yang menjadi talibarut penjajah menyebabkan Melaka di jajah.

Kita Bumiputera harus menghapuskan Usahawan Politik, Usahawan Anugerah, Usahawan Ali Baba dan Usahawan Barua yang sanggup menjual Bangsa demi perut sendiri.

Saya cabar dimanakah pemikir ekonomi, dimanakah bijak pandai Melayu yang sanggup menyinsing lengan bersama saya untuk membina semua kekuatan Bumiputera. Jangan asyik bercakap berdegar-degar di dialog dan forum tetapi bila tanya apa yang telah dibuat, tiada apa-apapun sekadar pandai bersuara dan pandai berucap semua itu retorik.

Tidak payah lagi kita menyalahkan orang itu dan ini, kerana mustahil kita mampu mengubah orang lain tetapi kita ubahlah diri sendiri dulu sebelum kita mahu mengubah orang lain.Seperti kata YBhg Dato’ Salleh Majid, kita tidak boleh mengubah orang, tetapi system boleh membuat manusia berubah.


Haris Fadzlah Mat Ali
Presiden
The RIGHTS
Read more

Friday, January 29, 2010

Majlis Bersama Rakyat Oleh YB. Dato Haji Harman


Pada petang tadi selepas sembahyang Jumaat Yang Berhormat Dato Haji Harman telah mengadakan kunjungan pertama beliau ke Kampung Terusan Tengah Lama bagi mengadakan perjumpaan disamping menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kampung Terusan Tengah.

Beliau bersama dengan Encik Bianus (ADO), En. Fadzil (PKR) bersama rombongan telah turun padang untuk melihat sendiri keadaan Kampung yg terletak di pulau terbesar didaerah Semporna ini.Lebih kurang 20% penduduk Kg Terusan telah hadir ke Majlis tersebut dan alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar.



Dalam lawatan ini, beliau telah memberikan sumbangan 10kilo beras dan wang tunai RM50.00 kepada setiap seorang penduduk yg susah seramai 30 orang. Beliau juga mengumumkan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 bagi pembaikan Balai Masyarakat.





Keadaan ini telah mengubah sedikit sebanyak pandangan penduduk kampung terhadap kewibawaan dan kempimpinan beliau sebagai wakil rakyat di tempat tersebut. Juga sekaligus menyangkal dakwaan tulisan blog saya sebelum ini, beliau bukanlah seorang yg hanya mementingkan diri dan keluarga terdekat sahaja tetapi beliau juga seorang yg berjiwa rakyat.

Lawatan beliau pada saya amat bermakna kepada penduduk Terusan. Beberapa perkara/masalah telah dapat diselesaikan walaupun dengan hanya sekali lawatan. Semoga dengan lawatan tadi akan dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat di Kampung tersebut.

Read more

Monday, August 3, 2009

Datuk Sri Shafie Apdal Seorang Menteri Yang Lemah???


YB Datuk Seri Shafie Apdal bersama pelajar.

Datuk Seri Shafie Apdal merupakan seorang Menteri yang menjawat Jawatan Tertinggi dalam kabinet Malaysia hari ini. Sekarang sedang memegang Jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam pemilihan pemimpin UMNO baru2 ini beliau bertanding atas tiket Naib Presiden dan beliau dapat memenangi Jawatan tersebut sebaris dengan Datuk Jahid Hamidi dan Datuk Hishamuddin. Ada yg berpendapat bahawa ini adalah satu hadiah daripada UMNO bagi penduduk Sabah khasnya.

Datuk Sri Shafie Apdal dilahirkan di Semporna,Sabah dan mempunyai kaitan darah dengan orang-orang Terusan Tengah. Sifat-sifat dan keberanian yang beliau warisi melambangkan dari mana beliau berasal dan dari keturunan mana beliau dilahirkan. Biodata lanjut tentang beliau boleh didapati di sini.

Darah politik beliau adalah cebisan dari perjuangan Datuk beliau, iaitu Yang Berhormat Tun Sekaran Dandai yg merupakan pejuang tegal USNO sebuah parti yg hampir sebaya dengan UMNO sekarang ini. Datuk Sri Shafie Apdal merupakan cucu kepada Tun Sekaran Dandai dan darah politik serta perjuangan terus mengalir dalam diri beliau.

Arwah Hj.Apdal ayah kepada beliau, mempunyai keturunan yg sama dgn. orang-orang Terusan Tengah. Hubungan agak terpisah sekian lama kerana ayah beliau telah berhijrah,berkahwin dan menetap di Pekan Semporna.

Datuk Seri, tidak pernah lupa dengan asal-usulnya. Cuma kadang-kadang sembutan dingin daripada penduduk Terusan Tengah sendiri dapat dirasai 'beliau sedikit kecewa'. Golongan muda penduduk kampung sudah hampir melupai sejarah. Cuma ada sedikit orang-orang tua yg masih tinggal dan dapat menceritakan peristiwa lalu merungkai kembali hubungan silaturahim antara keluarga.

Keprihatinan Datuk Shafie, amat dirasai dikalangan orang-orang lebih tua, kurang upaya, fakir miskin dan ibu-ibu tunggal hingga ada yg mengangap beliau ini seperti malaikat penyelamat kepada kehidupan seharian mereka. Amat jarang seorang pemimpin yg mempunyai keperihatinan yg begitu tinggi seperti beliau.

Dengan tidak mengira pangkat dan kedudukan beliau sebagai seorang Menteri beliau tidak pernah merasa geli atau jijik memijak rumah2 orang susah yg usang. Malah beliau bila mendatangi sesebuah rumah, seolah2 rumah tersebut seperti beliau sendiri yg punya. Bila tiba waktu solat beliau akan mengambil wudhu dan bersolat dirumah tersebut.

Apa yg orang lain jarang sedar mengenai beliau ini adalah kebijaksanaan beliau memimpin. Kebijaksanaan beliau boleh dikatakan seperti boleh menjadikan 'sebiji batu yg tidak berguna kepada sebiji mutiara yg bernilai'. Sifat2 seperti ini tidak terdapat pada kebanyakan pemimpin2 Sabah yg tamak haloba mangaut keuntungan peribadi dengan mempergunakan hak2 rakyat.

Tanggapan sesetangah orang bahawa beliau 'seorang yg lemah' adalah tidak benar. Ini kerana bagi yang mengenali beliau dengan begitu lama akan merasa kagum dengan cara penyelesaian masalah, keperihatinan,pelan pembangunan dan 'political strategic' memang membuktikan beliau seorang pemimpin yg telah dapat mengubah iklim, sosio ekonomi dan kestabilan Daerah Semporna, Sabah dan Malaysia amnya.





Read more

Saturday, July 4, 2009

Datuk Haji Ramli Marhaban Dalam Bahaya Politik!


Datuk Haji Ramli Marhaban

Datuk Haji Ramli Marhaban merupakan seorang yang saya sangat kagumi atas sikap 'pragmatik' atau kempimpinan yang dimiliki oleh beliau. Pada penghujung tahun lepas saya sempat menziarahi beliau di rumahnya di Bugaya Semporna untuk mengucapkan 'Tahniah' atas perlantikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya dan atas anugerah gelaran 'Datuk' kepada beliau.

Beliau yang sememangnya dikunjungi ramai orang, tidak pernah jemu melayan masalah penduduk kampung yang datang kepada beliau untuk melaporkan masalah. Adakalanya saya terfikir yg beliau ini seorang kauselor atau seorang wakil rakyat. Ini kerana kadang2 permasalahan yg diajukan merupakan satu perkara yg sangat senang diselasaikan dan 'Datuk' dapat menyelesaikan masalah mereka dengan hanya memberi beberapa nasihat.

Siapa Datuk Ramli Marhaban?

Datuk Haji Ramli Marhaban; dilahirkan di pulau Bohe Dulang, Semporna. Beliau membesar di Kampung Terusan Tengah dan bersekolah di SK Tampi-Tampi sehingga Darjah 3 kemudian berpindah sekolah ke SK Terusan Tengah pada tahun 1974 apabila sekolah itu siap dibuka. Sejak kecil beliau memiliki sifat kempimpinan dan sifat tidak mahu kalah kepada kawan-kawan dalam kelas beliau. Sila baca biodata lengkap beliau di sini.

Apa yg hendak perkatakan disini bukanlah berkenaan sikap dan kempimpinan beliau tetapi 'kerjaya' beliau sebagai ahli politik.

Kerjaya politik beliau bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan Pegawai Buruh di Tawau dan bertanding sebagai Ketua pemuda UMNO semporna menentang Datuk Haji Mohd Lan. Dalam pemilihan tersebut beliau telah kalah dengan mejoriti sedikit undi.

Bagi pengundi2 dari Kampung Terusan Tengah, amat kecewa atas kekalahan tersebut. Ketua2 cawangan kampung dan ahli telah datang berduyun2 untuk membuang undi pada hari pemilihan. Ketua Cawangan kampung Terusan Tengah; Haji Mukhsan bin Hj.Mohammad dan dua orang ahli2 telah menunaikan tanggungjawab masing2.

Alhamdulillah- masa begitu cepat berlalu; Datuk Haji Ramli akhirnya dapat memenangi Jawatan tersebut pada pemilihan Ketua Pemuda penggal kemudian.

Walaupun beliau dapat memenangi jawatan tersebut dan jawatan ADUN ( tanpa tanding). Tetapi orang2 kampung terutamanya penduduk Kampung Terusan Tengah mengkhabarkan bahawa beliau kini "berada dalam bahaya". Ini kerana orang yg beliau 'harap' telah mengkhianati beliau semasa pengagihan wang pembayaran kepada pemandu-pemandu bas di Pulau Bum-Bum, semasa pemilihan tersebut. Ramai penduduk dan pemandu yg telibat amat tidak berpuas hati dgn tindakan 'org kanan' Datuk yg juga merupakan orang Terusan Tengah.

Atas rasa kekeluargaan dan sokongan padu kepada Datuk Haji Ramli, orang-orang kampung mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Sebagai orang kampung yg juga seorang yg amat menyokong perlantikan Datuk Haji Ramli, sebagai wakil rakyat walaupun bukan di kawasan Terusan Tengah; Atas semangat kekeluargaan saya amat mengharapkan jika Datuk Haji Ramli mempunyai orang kanan yg benar2 jujur dan boleh diharap demi untuk kemajuan masyarakat kampung.
Read more
Share

Thanks

Total Pageviews